Isnin, 4 Mac 2013

Lawatan Sambil Belajar Ke MKM

Pihak koperasi Pembangunan Haibah Melaka Berhad sedang berusaha mencari ahli-ahli baru untuk menyertai program Lawatan Sambil Belajar ke MKM. Insyaallah Anda pasti akan teruja kerana berpeluang untuk menikmati pendidikan keusahawanan dan lain-lain kursus secara percuma.

Ahad, 3 Mac 2013

Masalah Dan Jalan Keluar

Masaalah Dan Jalan Keluar tak cara lain melainkan kembali pada ALLAH SWT.

Cari Apa

Cari apa? Cari jalan keluar dari masaalah? Dunia ni memang tempat masaalah. Allah swt. jadikan masaalah untuk kita supaya kita kembali ingat padanya, bertaubat dan beristigfar kepadanya diatas dosa-dosa kita sekarang dan yang telah lalu. Manusia sifatnya pelupa dan dunia sifatnya penipu. Kita tak boleh lari dari dunia. Ini bererti kita berkawan dengan dunia. Pelupa berkawan dengan penipu jawabnya teruklah pelupa. Dunia, nafsu dan Syaitan bersatu melawan si pelupa. Syaitan bergerak dalam tubuh manusia melalui darah yang mengalir, nafsu bergelora dalam tubuh manusia dan dunia melambai-lambai, merayu dan menggoda si pelupa. Kubur memanggil-manggil mengingatkan kita tentang hari pertemuan yang dijanjikan. Sampai disana dah tak ada jalan keluar lagi. Perjalanan perlu diteruskan, apa yang dibawa samaada amal baik atau buruk akan bersama-sama kita. SELAMAT BERANGKAT. Tiga perkara yang akan membantu selepas keberangkatan kita iaitu anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanafaat yang diajarkan. Sila bersama-sama kami dalam Kelas Pengajian Al-Quran/ HAIBAH